Monday 28 October 2013

Pencerobohan Lahad Datu

  
"hilang resah di hati apabila media tidak lagi tertumpu kepada isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu. Namun kematian beberapa orang pejuang kita tetap menjadi kenangan. Tragedi yang berlaku walaupun seketika ini pasti menjadi dilema penduduk disana."

Perlukan kerjasama,hindari sengketa

 Isu pencerobohan di Lahad Datu menimbulkan pelbagai spekulasi daripada ramai pihak. Tindakan pengganas daripada Kesultanan Sulu terhadap negeri Sabah menjadi satu isu yang semakin rumit.  Semua media tertumpu kepada setiap insiden yang berlaku di Sabah tetapi disampaikan kepada pembaca atau penonton dengan cara sendiri.

   Pendapat, cadangan dan kritikan disampaikan secara terus menerus berkenaan isu ini sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Isu politik semakin terserlah yang mana ada segelintir pendapat politik yang memberi kesan baik terhadap isu ini dan begitulah sebaliknya. Wujud juga tindak balas negatif yang hanya tertumpu kepada kepentingan politik sahaja dengan mengabaikan kepentingan utama iaitu untuk menyelesaikan isu di Sabah daripada berlarutan.

   Setiap daripada pandangan berkaitan insiden Lahad Datu seharusnya disampaikan supaya dapat menyelesaikan masalah dan bukan hanya penyampaian yang sia-sia untuk membangkit kemarahan.Namun, apa yang lebih penting adalah misi untuk menyelamatkan Sabah. Negeri di Bawah Bayu ini perlu dipertahankan. Sokongan yang padu kepada Pasukan Keselamatan Negara perlu diberi oleh setiap rakyat Malaysia untuk menangani pencerobohan ini. Selain itu, siasatan yang sepenuhnya perlu dilaksanakan kepada sesiapa yang disyaki menjadi dalang kepada permasalahan yang mengganggu keamanan negara ini. Tindakan yang sewajarnya harus diambil memndangkan masalah ini telah menyebabkan kematian ramai pejuang negara kita.

   Konklusinya, situasi sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita mengadakan perbahasan sama ada secara lisan atau bertulis sambil masing-masing menunding jari menyalahkan sesama sendiri. Bagi mengatasi situasi hari ini, setiap daripada kita perlu tanamkan satu keseragaman misi dalam hati dan sanubari kita iaitu untu menyelamatkan negara. Waktu sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita memikirkan kepentingan diri.  Apa yang perlu dilakukan adalah kerjasama daripada semua pihak  untuk memikirkan dan bertindak bagi mengatasi isu pencerobohan di Lahad Datu. Kemaskan lagi pertahanan pasukan keselamatan dan mainkan peranan masing-masing dengan keazaman untuk mengekalkan keamanan Malaysia.

..........
sekadar pandangan:)

Sunday 27 October 2013

From Nothing to Something




Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

MANY who have heard about Al Bukhary Foundation, a charity thats spent hundreds of millions of dollars for charitable purposes. The Foundation's Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, a businessman who cannot tolerate the publicity. However, not many people actually know who this businessman and how he built his business empire.

Nowadays, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary becomes an idol to the youth. The effort from him portrayed that everyone can be success, but we need to be struggle to achieve our aim in life. Effort is the keyword to get a successful life in future. That is what Tan Sri Syed Mokhtar did to become an amazing person now.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary bin Syed Nor Al-Bukhary, the 8th richest Malaysian comes from Alor Setar Kedah. He was born into a mid-low Malay Family whereas his house without necessities and luxuries. His highest education was only until form five. But, try we imagine, how he can be so success like today? He also never furthers his study to university.

However his knowledge and experience was gain through his entrepreneurship experience during his youth time. During his primary and secondary studies, he helped his mother planting and selling vegetables in the market and also selling roti canai. His numeric knowledge was used to help his father in doing daily book keeping.

After finishing school, he helped his father in breeding cow business but it only in short time because the foot and mouth disease. He does not give and continue selling meats to get money. He then move on to packaging the meats and start selling them wholesale. His determination paid off and the business started to take off.

After that, his life change slowly when he started his business in the 1990s dealing in rice. More success followed and he moved to rice trading business. He worked even harder after he was awarded the rice trading license from Lembaga Padi Negara.

Nowadays, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary is respectable person because his success in life. In appreciation of his contribution and success, he got many awards. He also got entitle as Panglima Seri Mahkota (P.S.M) BY His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, which carries the title Tan Sri and the Dato' Setia Mahkota Kedah (D.S.D.K.) by HRH The Sultan Kedah, which carries the title Dato'.

            

Rojak Budaya? Uniknya Malaysia:)

Sudah menjadi lumrah, dara melayu dengan baju kurungnya, india dengan sarinya dan cina dengan cheongsamnya. Masing-masing memiliki identiti sendiri walaupun berada di bawah lembayung yang sama iaitu sebuah negara, Malaysia. Nyanyian lagu negaraku dengan lirik yang sama gabungan suara variasi bangsa dan agama berbeza gah berkumandang dengan jalur gemilang ligat berkibaran tanda keamanan dan kedamaian. Semua penghuni disebuah negara berbilang kaum ini bagai mengerti semangat perpaduan dan menghormati budaya antara satu sama lain.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sebuah hubungan perkauman secara sihat yang mana mementingkan unsur menghormati dasar kebudayaan. Memandangkan negara memiliki rakyat yang berbilang kaum, keunikan kebudayaan yang wujud pada hari ini akan terus dikekalkan selagi rakyat mengamalkan budaya tersebut tanpa memikirkan kepentingan sendiri. Dalam erti kata lain, budaya sendiri perlu diteruskan dalam masa yang sama, budaya lain perlu dihormati dan difahami. Keadaan ini sekali gus membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan bertujuan memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Dasar ini mengambil kira kebudayaan asal rakyat rantau ini, unsur-unsur budaya yang sesuai dan wajar dari  pelbagai kelompok etnik negara dan ajaran islam yang menjadi unsur penting. Masyarakat pelbagai bangsa  seharusnya memahami dengan sebaiknya tentang dasar kebudayaan yang sedia ada ini supaya tidak timbul sebarang masalah perpaduan dan integrasi.

Tambahan pula, aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara kerana kebudayaan kebangsaan berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan bahawa kebudayaan kebangsaan itu tidak meminggirkan kebudayaan lain, sebaliknya meraikan kepelbagaian budaya ada. Secara tidak langsung, kepelbagaian budaya ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik.

Konklusinya, Dasar Kebudayaan Negara merupakan salah satu penyumbang utama kepada perpaduan rakyat di Malaysia. Setiap unsur yang ada didalam dasar ini memberi satu layanan sama rata untuk rakyat yang berbilang bangsa di Malaysia. Apa yang perlu difikirkan sekarang, adalah cara mengekalkan kesetiaan rakyat terhadap dasar yang sedia ada ini bagi melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang sekali gus membentuk sebuah negara yang gemilang.




ULASAN VIDEO: Malaysia Car Accident and Street Fight (Freeway Fight)






Kewujudan video ini menunjukkan kuasa internet yang mudah menyebarkan peristiwa yang tidak dijangka berlaku. Penyebaran video ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku tetapi pada masa yang sama meninggalkan impak yang negatif dari segi tanggapan masyarakat.

Melalui video ini, kita dapat menyaksikan bahawa individu yang terlibat tidak memiliki perasaan kemanusiaan kerana sanggup memukul sesama sendri tanpa rasa belas kasihan. Mereka bagai dirasuk rasa marah dan mengambil tidakan yang tidak sepatutnya tanpa berfikir akan kesannya. Video ini juga, menunjukkan kelemahan masyarakat sekeliling yang langsung tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut dan hanya membiarkan tanpa menghalang merekadaripada terus menyerang antara satu sama lain.

Intipati video bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah individu yang terlibat tetapi juga menunjukkan pandangan masyarakat dengan bahasa kesat melalui perbualan alam maya. Komen atau rasa hati yang kurang menyenangkan diterbitkan dalam ayat tanpa rasa bersalah. Namun, bagi sesetengah masyarakat yang bijak mengadaptasi video sebegini, mereka tidak mudah melenting dan menonton dengan pandangan serta pemikiran mereka sendiri.

Kuasa internet yang wujud membantu penyebaran video secara pantas. Dari segi positif, video ini boleh memberi pengajaran kepada penonton agar tidak melakukan perkara yang sama jika turut mengalami situasi tersebut. Kesedaran, rasa bersalah dan perasaan malu kepada masyarakat sekeliling akan terbit jika kejadian sebegini berlaku kepada diri kita. Oleh itu, video yang dimuat turun melalui internet sebenarnya bukan hanya untuk dikeji, dicaci tetapi turut menyampaikan mesej tersendiri agar kita berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.


Internet pada hari ini, harus digunakan dengan sebaiknya dan bukan hanya untuk mendapat perhatian semata-mata. Kuasa internet perlulah diketahui hadnya supaya masyarakat hari ini tidak menyalah gunakan kemudahan ini. Kewujudan sesuatu yang baru sebolehnya digunakan untuk sesuatu yang positif supaya nanti tidak meninggalkan kesan buruk bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga masyarakat. 



Wednesday 23 October 2013

Renung-renungkan

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

 “Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

SYURGA itu dibawah tapak kaki ibu :)

Tiada niat berkarya untuk terbitkan kesedihan. Tetapi apabila "ibunda" yang dibicarakan pasti bermain perasaan dan air mata. 

kadang-kadang ada masa tertentu sahaja anak-anak rasa rindu dan sayang kepada ibu tercinta. Bukan bermaksud langsung tiada perasaan kasih dalam setiap saat hidup ini, tetapi ada masa yang membuatkan kita betul-betul menghargai. 

Sayang pada ibu?

tak perlu soalan diaju, sudah terang ibu lah segalanya. Syukur bagi seorang anak dianugerahkan jiwa dan hati yang selalu menyayangi ibunya. Untung bagi seorang ibu, dirinya disayangi dicintai oleh insan daripada darah dagingnya.

Tiada nukilan yang boleh menyampaikan rasa kasih seorang anak kepada insan bergelar ibu. Cukup sekadar satu perasaan yang dirasai sendiri dengan harapan semoga tuhan mengerti rasa sayang yang tidak terungkap itu.

Semoga ibu diseluruh dunia, bisa gembira bahagia. amin:')
.........


*Bile dekat ada ego nk tnjuk syg, bile jauh adk rndu ma 
Biar separuh badan ma kna uji jd kaku, jalan ma harap tongkat nk maju, pakai mkn ma sentiasa kna bantu, kdg2 sakit hanya tuhan yg tahu, abah adik kak ti kak sue kakda abg wan abg wadi nak ma tahu..kami RINDU ma yg dlu..mulut ligat mmbebel xkira masa, pakar semua prkara, semangat biar kami trus mara, sbb 2 kami doa nak ma mcm biasa:'(
*ujian tuhan ajar byak benda, syg kami pada ma xtrkira:')
 









Monday 21 October 2013

Apa makna jiwa merdeka?


DI SINI SETIA TERUKIR

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,

Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.

Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,

Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,

Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.

Anak-anak bumiku tercinta,

Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,

Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.

Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,

Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.

Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,

Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.

Ghazali Lateh

......
Tak perlu tunggu hari merdeka baru kita anak muda nak ber"poyo" bagai. Mulalah tukar karakter berjiwa merdeka dengan semangat politik melebih-lebih. Tapi hanya pada tanggal 31 Ogos! 

Itupun  hasil iklan dan drama di televisyen yang memaparkan pahit getir bunga bangsa mempertahankan tanah air tercinta. Penyampaian yang mampu menyentuh generasi baru tentang pengorbanan pejuang dahulu. Namun, persoalannya berapa lama kesedaran itu mampu tercalit dalam jiwa anak muda hari ini?

tepuk dada tanya selera!

bukan kegusaran hati ini tuduh melulu pada semua anak bangsa, tapi segelintir mereka yang bagai alpa tanah mereka ini pernah dijajah. Bagi golongan yang setia ikhlas menyanyangi tanah air ini, satu penghormatan yang sangat luar biasa wajar diberi.

Walaupun pelbagai cara digunakan untuk menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak muda ini, usaha harus diteruskan. Biar tiada yang lemas dek pembangunan hingga lupa tanggungjawab pada nusa dan bangsa. 

Sekadar pandangan:)



Wednesday 9 October 2013

Kuasa Muzik kepada pelajar :) TEMAN @ LAWAN?

"Muzik itu getaran menggerak naluri dan jiwa
 untuk terus menikmati suatu alunan nada yang menyenangkan"


            Berdasarkan kajian yang dilakukan Persatuan Kajian Sains Diraja England, janin didalam kandungan ibu turut bertindak balas dengan suara nyanyian ibunya. 

 Menurut islam ibu digalakkan mendengarkan alunan al- quran dan zikir yang mana meninggalkan kesan positif kepada bayi dalam kandungan. 


Cakap je pasal "muzik", kita akan fikirkan tentang hiburan. Persoalannya, sebagai pelajar bagaimana hiburan diwujudkan dalam sesi pembelajaran? Apakah muzik mampu memberi hiburan yang meninggalkan impak positif kepada pelajar?


+ve muzik sewaktu belajar

(1) hilangkan rasa mengantuk- dah jadi lumrah dah, asal membaca atau belajar untuk mendapatkan ilmu ni, secara aotomatik mulut menguap, mata layu memanggil bantal dan katil. Sekurang-kurangnya, muzik mampu menghilangkan rasa mengantuk dan memberikan hiburan yang tidak membosankan.

(2) hilangkan stress - muzik ni kata orang boleh dijadikan terapi! belajar belajar juga, otak kita pun perlukan terapi untuk lebih tenang dan releks. Lambakan info yang menunggu panjang untuk diserap dalam otak kita ni memberi satu tekanan yang silap hari bulan menjadikan otak kita sewel.

(3)test otak yang ligat - tabik "springggg"  pada golongan pelajar yang mampu mendengar lagu rancak sambil belajar atau menghafal. Bagaimana fikiran mereka mengatur penerimaan ilmu dan hiburan yang bermain serentak di kepala menjadi  persoalannya. Tetapi jangan hanya mendengar muzik, lebihkan hiburan entah apa-apa sedangkan ilmu dicari, hilang entah kemana. 

-ve muzik sewaktu belajar

(1) hilang tumpuan - ada golongan pelajar yang belajar dalam keadaan senyap tanpa gangguan. Bila dengar je muzik, bagai spoil mood belajar. Bagi lagu yang macam mana pun, lirik yang menenangkan jiwa atau sebagainya, kalau dah orangnya tidak boleh ditemani muzik semasa belajar, pasti akan merasa serabut dan tertekan.

(2) belajar menjadi sia-sia - bagai mencurah air kedaun keladi, satu peribahasa yang sesuai dipadankan apabila seseorang yang beljar tetapi langsung tidak melekat ilmu dikepala. Masalahnya timbul, bila otak hanya lebihkan muzik yang didengar daripada ilmu berharga yang hanya dipandang tanpa perasaan excited  untuk mendalaminya.



Konklusinya, muzik merupakan suatu yang subjektif. Masing-masing mempunyai pandangan atau pendapat sendiri dalam memberi ulasan tentang keperluan muzik. Sebagai pelajar, kita harus bijak menggunakan kelebihan muzik dan tidak terjebak dalam kesan negatif muzik. Bergantung kepada setiap pelajar sama ada menjadikan muzik sebagai teman belajar tetapi jangan sampai muzik menjadi satu gangguan.


kenapa twocents?

Kenapa  "twocents"?            ('*___*)


The definition of "twocents" is one's opinion or thoughts.




Perkara pertama yang terfikir bila nak start jadi bloggers ni ialah nama blog. Pikir punyer pikir,survey punyer survey! Akhirnya dapatlah idea untuk menamakan blog ni sebagai "twocents". 


Kena dengan maksudnya iaitu tentang pandangan dan pemikiran seseorang. Memandangkan tujuan blog ni diwujudkan pun adalah sebagai wadah untuk seorang insan kerdil ini melontar pendapat berkaitan pelbagai isu semasa, maka dengan suka hatinya, terciptalah sebuah blog diberi nama "twocents"!!! :D


Blog ini akan dijadikan sebagai medium kupasan suara dari hati saya tentang pelbagai topik tidak kiralah dari segi politik, masyarakat, ekonomi atau sebagainya. Apa yang terbit dari hati, tangan ini akan menekan butang keypad mencari huruf mencipta perkataan membentuk ayat menyampai sesuatu pandangan. 




*moga fikiran ini mampu menghasilkan suatu pandangan dan pendapat yang mampu memberi anjakan paradigma kepada tetamu blog ini, amin:)