Monday 28 October 2013

Pencerobohan Lahad Datu

  
"hilang resah di hati apabila media tidak lagi tertumpu kepada isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu. Namun kematian beberapa orang pejuang kita tetap menjadi kenangan. Tragedi yang berlaku walaupun seketika ini pasti menjadi dilema penduduk disana."

Perlukan kerjasama,hindari sengketa

 Isu pencerobohan di Lahad Datu menimbulkan pelbagai spekulasi daripada ramai pihak. Tindakan pengganas daripada Kesultanan Sulu terhadap negeri Sabah menjadi satu isu yang semakin rumit.  Semua media tertumpu kepada setiap insiden yang berlaku di Sabah tetapi disampaikan kepada pembaca atau penonton dengan cara sendiri.

   Pendapat, cadangan dan kritikan disampaikan secara terus menerus berkenaan isu ini sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Isu politik semakin terserlah yang mana ada segelintir pendapat politik yang memberi kesan baik terhadap isu ini dan begitulah sebaliknya. Wujud juga tindak balas negatif yang hanya tertumpu kepada kepentingan politik sahaja dengan mengabaikan kepentingan utama iaitu untuk menyelesaikan isu di Sabah daripada berlarutan.

   Setiap daripada pandangan berkaitan insiden Lahad Datu seharusnya disampaikan supaya dapat menyelesaikan masalah dan bukan hanya penyampaian yang sia-sia untuk membangkit kemarahan.Namun, apa yang lebih penting adalah misi untuk menyelamatkan Sabah. Negeri di Bawah Bayu ini perlu dipertahankan. Sokongan yang padu kepada Pasukan Keselamatan Negara perlu diberi oleh setiap rakyat Malaysia untuk menangani pencerobohan ini. Selain itu, siasatan yang sepenuhnya perlu dilaksanakan kepada sesiapa yang disyaki menjadi dalang kepada permasalahan yang mengganggu keamanan negara ini. Tindakan yang sewajarnya harus diambil memndangkan masalah ini telah menyebabkan kematian ramai pejuang negara kita.

   Konklusinya, situasi sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita mengadakan perbahasan sama ada secara lisan atau bertulis sambil masing-masing menunding jari menyalahkan sesama sendiri. Bagi mengatasi situasi hari ini, setiap daripada kita perlu tanamkan satu keseragaman misi dalam hati dan sanubari kita iaitu untu menyelamatkan negara. Waktu sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita memikirkan kepentingan diri.  Apa yang perlu dilakukan adalah kerjasama daripada semua pihak  untuk memikirkan dan bertindak bagi mengatasi isu pencerobohan di Lahad Datu. Kemaskan lagi pertahanan pasukan keselamatan dan mainkan peranan masing-masing dengan keazaman untuk mengekalkan keamanan Malaysia.

..........
sekadar pandangan:)

No comments :

Post a Comment