Sunday 27 October 2013

ULASAN VIDEO: Malaysia Car Accident and Street Fight (Freeway Fight)






Kewujudan video ini menunjukkan kuasa internet yang mudah menyebarkan peristiwa yang tidak dijangka berlaku. Penyebaran video ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku tetapi pada masa yang sama meninggalkan impak yang negatif dari segi tanggapan masyarakat.

Melalui video ini, kita dapat menyaksikan bahawa individu yang terlibat tidak memiliki perasaan kemanusiaan kerana sanggup memukul sesama sendri tanpa rasa belas kasihan. Mereka bagai dirasuk rasa marah dan mengambil tidakan yang tidak sepatutnya tanpa berfikir akan kesannya. Video ini juga, menunjukkan kelemahan masyarakat sekeliling yang langsung tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut dan hanya membiarkan tanpa menghalang merekadaripada terus menyerang antara satu sama lain.

Intipati video bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah individu yang terlibat tetapi juga menunjukkan pandangan masyarakat dengan bahasa kesat melalui perbualan alam maya. Komen atau rasa hati yang kurang menyenangkan diterbitkan dalam ayat tanpa rasa bersalah. Namun, bagi sesetengah masyarakat yang bijak mengadaptasi video sebegini, mereka tidak mudah melenting dan menonton dengan pandangan serta pemikiran mereka sendiri.

Kuasa internet yang wujud membantu penyebaran video secara pantas. Dari segi positif, video ini boleh memberi pengajaran kepada penonton agar tidak melakukan perkara yang sama jika turut mengalami situasi tersebut. Kesedaran, rasa bersalah dan perasaan malu kepada masyarakat sekeliling akan terbit jika kejadian sebegini berlaku kepada diri kita. Oleh itu, video yang dimuat turun melalui internet sebenarnya bukan hanya untuk dikeji, dicaci tetapi turut menyampaikan mesej tersendiri agar kita berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.


Internet pada hari ini, harus digunakan dengan sebaiknya dan bukan hanya untuk mendapat perhatian semata-mata. Kuasa internet perlulah diketahui hadnya supaya masyarakat hari ini tidak menyalah gunakan kemudahan ini. Kewujudan sesuatu yang baru sebolehnya digunakan untuk sesuatu yang positif supaya nanti tidak meninggalkan kesan buruk bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga masyarakat. 



No comments :

Post a Comment