DI
SINI SETIA TERUKIR
Ini
tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di
sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Kita
telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,
Menguak
hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat
melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara
pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.
Di
denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,
Musibah
lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi
ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari
darah, dari keringat dan semangat menjulang.
Ini
tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di
sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Malaysiaku,
bumi mewangi seribu restu,
Melimpah
sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang
wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias
bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.
Anak-anak
bumiku tercinta,
Hulurkan
tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan
barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera
cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.
Ini
tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di
sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Alaf
ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,
Membilas
noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah
rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini
negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak
langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.
Sahutlah
gemersik suara nafiri seruan perjuangan,
Cokmar
kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah
ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan
sampai berulang lagi diulet kehinaan.
Ini
tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,
Ini
darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa
ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah
ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.
Ini
tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Biar
luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di
sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar
nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.
Ghazali
Lateh
......
Tak perlu tunggu
hari merdeka baru kita anak muda nak ber"poyo" bagai. Mulalah tukar
karakter berjiwa merdeka dengan semangat politik melebih-lebih. Tapi hanya pada
tanggal 31 Ogos!
Itupun hasil
iklan dan drama di televisyen yang memaparkan pahit getir bunga bangsa
mempertahankan tanah air tercinta. Penyampaian yang mampu menyentuh generasi
baru tentang pengorbanan pejuang dahulu. Namun, persoalannya berapa lama
kesedaran itu mampu tercalit dalam jiwa anak muda hari ini?
tepuk dada tanya
selera!
bukan kegusaran
hati ini tuduh melulu pada semua anak bangsa, tapi segelintir mereka yang bagai
alpa tanah mereka ini pernah dijajah. Bagi golongan yang setia ikhlas
menyanyangi tanah air ini, satu penghormatan yang sangat luar biasa wajar
diberi.
Walaupun pelbagai
cara digunakan untuk menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak muda
ini, usaha harus diteruskan. Biar tiada yang lemas dek pembangunan hingga lupa
tanggungjawab pada nusa dan bangsa.
Sekadar pandangan:)